" BERSATU BERSAMA UNIVERSITI "

  • Memajukan kepentingan semua ahli yang berdaftar dalam bidang
    perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan;
  • Mengatur perhubungan antara pekerja dengan majikan bagi maksud
    melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya
    pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya
    sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat - syarat pekerjaan yang
    berpatutan dan keselamatan pekerjaan.
  • Mengaturkan perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli
    dengan lain-lain pekerja atau di antara ahli dengan Kesatuan atau
    pegawai Kesatuan atau di antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan
    menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka
    itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera
    penimbangtara menurut kehendak Peraturan 26 dan 27.
  • Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, kebendaan dan
    pendidikan menurut undang-undang.
  • Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan
    mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja;
  • Memberi bantuan kepada ahli jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa
    Kerja seperti pembiayaan di masa teraniaya atau di masa pertikaian
    kerja.
  • Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan
    sebagainya untuk kebajikan ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja
    amnya.
  • Mengendalikan, jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung, urusan
    mengarang, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang suratkhabar,
    majalah, surat berita atau lain-lain penerbitan untuk menjayakan
    tujuan-tujuan Kesatuan ini atau untuk memajukan
    kepentingan-kepentingan ahli-ahli Kesatuan.
  • Menubuhkan kumpulan wang kebajikan jika dipersetujui oleh Mesyuarat
    Agung dan menggubalkan Peraturan-Peraturan Tambahan untuk
    mentadbir dan mengawal kumpulan wang itu.
  • Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan Kesatuan Sekerja yang sah di
    sisi undang-undang.

    VISI KESKA

    Memperjuang hak dan kepentingan pekerja dari kumpulan sokongan dalam berbagai perkara dan mempasti kan tiada penindasan dilakukan oleh mana-mana pihak dalam melaksana hasrat organisasi.