Pada 20 - 22 November 2006 bersamaan 28 Syawal - 1 Zulkaedah 1427

 

Bertempat di Paradise Sandy Beach Resort, Pulau Pinang

Thumbnail Caption

 

Objektif seminar ialah untuk :-

• Mengupas dan mendalami konsep minda kelas pertama khusus untuk golongan pekerja di Malaysia dari aspek psikologi;


• Membincangkan aspek-aspek utama yang perlu terkandung dalam konsep minda kelas pertama; dan


• Memberi beberapa kemahiran berteraskan psikologi yang berkaitan dengan minda kelas pertama.

 

SERTAILAH SEMINAR PENGURUSAN KE 2 : PEKERJA MINDA KELAS PERTAMA pada 20 - 22 November 2006 di Paradise Sandy Beach Resort, Penang

Masyarakat “berminda kelas pertama” adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa dijunjung. - Ucapan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membentangkan RMK9 2006-2010 pada 31 Mac 2006